- Hmm, untuk hari ini nak cerita tentang apa ya? Oklah begini, beberapa bulan yang lepas, saya telah melepaskan dua perkara yang boleh menambah pengalaman saya iaitu kem komander dan sukan taekwondo. Saya tidaklah pula nak kata rasa menyesal tetapi bila tengok keadaan seperti saya sudah kurang rapat dengan rakan-rakan sama ada yang menjadi komander dan tae kwon do.
- Sebenarnya saya kurang pasti apa yang menyebabkan rakan-rakan kelihatan seperti tak mahu kawan dengan saya. Ini termasuk juga rakan sekelas. Memang mereka masih melayan kita tapi, kita boleh rasa kalau mereka tak suka. Mungkin boleh jadi juga hanya perasaan saya. Adakah saya nampak hipokrit? Saya terlalu bersikap baik jadi mereka sangka hipokrit? Ke macam mana…hmm.
- Kita memang nampak sahaja baik, tapi perangai tidaklah pun. Nampak sahaja macam pandai, tapi bodohlah juga. Kebelakangan ini kita selalu rasa ingin keluar bilik, rasa lemas. Duduk luar, dapat merasa udara. Perasaan bosan itu memang dah terwujud sejak masuk sem dua. Tak apa lah, kita cuma fikir biarlah orang lain tak suka saya, tapi ALLAH suka. Hmm, kita sebenarnya lagi suka berkawan dengan orang dalam alam maya. Memang saya tahu hakikatnya mereka hanya ada bila saya gembira, tetapi sekurang-kurangnya saya tak kecil hati dengan mereka. Rasa sakit itu tidak ada sangat sebab saya tak kenal mereka.
- Tentang saya terlepas tae kwon do dan komander tu, sekurang-kurangnya saya dapat juga lesen memandu saya. Tak apa, saya tak menyesal. Sebelum masuk semula belajar, saya jumpa saudara-mara. Mak ngah saya kata begini “Mak ngah pun nak belajar jadi macam kamulah, diam saja. Tak banyak cakap.” Saya mampu tersengih sajalah sebab saya fikir, bukan semua orang suka orang tak banyak cakap. Tolonglah jangan jadi macam saya haha.
p/s ---> ALLAH itu Maha Adil.
lbh baik kurang ckp...itu pilihan saya...awww..hihi..just be urself kan miku2? hikhik...love youuuu ...;)
ReplyDelete-Ria kiut- * haha
oh hihi. okay thank you, babe! love you too :*
Delete